NASI BERIANI HAJI THAMBY |
MEE RACUN QASREENA CAFE Namanya memang gempak, kan? Haha. Sebenarnya, menu istimewa di Qasreena Cafe ini dipanggil mee racun kerana tahap kepedasannya yang menyengat! Jadi, kalau anda jenis yang tak tahan pedas, jangan risau kerana masih terdapat beraneka menu untuk dipilih di sini. Tapi, kalau ada member yang poyo cakap mereka tahan pedas, saya cadangkan anda bawa mereka ke sini untuk tengok muka merah ke tak bila makan mee ini. Untuk anda, order je la chicken chop ke, goreng-goreng ke pun boleh. |
CENDOI BAKAR Kalau anda ke A’Famosa Resort atau Freeport A’Famosa Outlet, anda bolehlah singgah di sini sebentar untuk merasa cendol bakar ini. OK, fun fact sikit. Kenapa namanya cendol bakar? Pertama, sebab ketika nak cairkan gula Melaka sebagai salah satu bahan di dalam cendol, diorang kena buat proses pembakaran, dan kedua iaitu yang best – pengasasnya bernama Encik Bakar! Di sini terdapat pelbagai jenis cendol untuk dicuba. SUMBER DIPEROLEH : http://aliff.co/tempat-makan-best-di-melaka/ |