Sunday, 21 May 2017

Tempat Menarik Di Melaka

Kota A'Famosa Tempat Menarik di Melaka
KOTA A FAMOSA
Kota A Famosa adalah sebuat kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Afonso de Albuquerque tiba di negeri Melaka bersama-sama angkatannya. Kota A Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri
Masjid Selat, Tempat Menarik di Melaka
MASJID SELAT
Kalau di Terengganu, ada masjid Kristal & masjid terapung. Melaka  pun apa kurangnya! Masjid Selat adalah salah satu daripada lokasi yang perlu ada di dalam travelling checklist anda. Masjid yang dibina berdasarkan elemen Melayu & Timur Tengah ini akan kelihatan seakan-akan terapung di atas air, terutamanya ketika air pasang. 
Rumah Terbalik Melaka Upside Down House, Tempat Menarik di Melaka
UPSIDE DOWN HOUSE
Jom merasa jadi Spiderman yop! Upside Down House ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah. Benda yang sepatutnya ada kat lantai, dilekatkannya di siling, dan begitulah sebaliknya
Muzium Kapal Selam Tempat Menarik di Melaka
MUZIUM KAPAL SELAM
Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium
The Shore Sky Tower Tempat Menarik di Melaka
THE SHORE SKY TOWER
The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini juga terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera (tempat best, harga pun “best” juga la ya) sambil menikmati pemandangan yang memukau ini

Sumber Diperoleh: http://aliff.co/tempat-menarik-di-melaka/

No comments:

Post a Comment