Sunday 21 May 2017

Makanan-makanan di MELAKA

Tempat Makan Best di Melaka | Nasi Briyani Haji Tamby
NASI BERIANI HAJI THAMBY 
Sekiranya anda ingin mencari tempat makan tengahari yang unik di Melaka, anda bolehlah mencuba Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Restoran ini tersenarai sebagai salah satu daripada tempat makan menarik di Melaka kerana ia menawarkan konsep yang lain daripada yang lain. Hal ini kerana niat pengasasnya iaitu Muhammad Nazli Zainul Abidin yang tekad untuk memberikan lebih kepada masyarakat menawarkan menu nasi beriani pada harga yang berpatutan.

Tempat Makan Best di Melaka | Mee Racun Qasreena Cafe
MEE RACUN QASREENA CAFE
Namanya memang gempak, kan? Haha. Sebenarnya, menu istimewa di Qasreena Cafe ini dipanggil mee racun kerana tahap kepedasannya yang menyengat! Jadi, kalau anda jenis yang tak tahan pedas, jangan risau kerana masih terdapat beraneka menu untuk dipilih di sini. Tapi, kalau ada member yang poyo cakap mereka tahan pedas, saya cadangkan anda bawa mereka ke sini untuk tengok muka merah ke tak bila makan mee ini. Untuk anda, order je la chicken chop ke, goreng-goreng ke pun boleh.
Tempat Makan Best di Melaka | Cendol Bakar Alor Gajah
CENDOI BAKAR
Kalau anda ke A’Famosa Resort atau Freeport A’Famosa Outlet, anda bolehlah singgah di sini sebentar untuk merasa cendol bakar ini. OK, fun fact sikit. Kenapa namanya cendol bakar? Pertama, sebab ketika nak cairkan gula Melaka sebagai salah satu bahan di dalam cendol, diorang kena buat proses pembakaran, dan kedua iaitu yang best – pengasasnya bernama Encik Bakar! Di sini terdapat pelbagai jenis cendol untuk dicuba.

SUMBER DIPEROLEH : http://aliff.co/tempat-makan-best-di-melaka/

No comments:

Post a Comment