Sunday, 21 May 2017

Makanan-makanan di MELAKA

Tempat Makan Best di Melaka | Nasi Briyani Haji Tamby
NASI BERIANI HAJI THAMBY 
Sekiranya anda ingin mencari tempat makan tengahari yang unik di Melaka, anda bolehlah mencuba Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Restoran ini tersenarai sebagai salah satu daripada tempat makan menarik di Melaka kerana ia menawarkan konsep yang lain daripada yang lain. Hal ini kerana niat pengasasnya iaitu Muhammad Nazli Zainul Abidin yang tekad untuk memberikan lebih kepada masyarakat menawarkan menu nasi beriani pada harga yang berpatutan.

Tempat Makan Best di Melaka | Mee Racun Qasreena Cafe
MEE RACUN QASREENA CAFE
Namanya memang gempak, kan? Haha. Sebenarnya, menu istimewa di Qasreena Cafe ini dipanggil mee racun kerana tahap kepedasannya yang menyengat! Jadi, kalau anda jenis yang tak tahan pedas, jangan risau kerana masih terdapat beraneka menu untuk dipilih di sini. Tapi, kalau ada member yang poyo cakap mereka tahan pedas, saya cadangkan anda bawa mereka ke sini untuk tengok muka merah ke tak bila makan mee ini. Untuk anda, order je la chicken chop ke, goreng-goreng ke pun boleh.
Tempat Makan Best di Melaka | Cendol Bakar Alor Gajah
CENDOI BAKAR
Kalau anda ke A’Famosa Resort atau Freeport A’Famosa Outlet, anda bolehlah singgah di sini sebentar untuk merasa cendol bakar ini. OK, fun fact sikit. Kenapa namanya cendol bakar? Pertama, sebab ketika nak cairkan gula Melaka sebagai salah satu bahan di dalam cendol, diorang kena buat proses pembakaran, dan kedua iaitu yang best – pengasasnya bernama Encik Bakar! Di sini terdapat pelbagai jenis cendol untuk dicuba.

SUMBER DIPEROLEH : http://aliff.co/tempat-makan-best-di-melaka/

Tempat Menarik Di Melaka

Kota A'Famosa Tempat Menarik di Melaka
KOTA A FAMOSA
Kota A Famosa adalah sebuat kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Afonso de Albuquerque tiba di negeri Melaka bersama-sama angkatannya. Kota A Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri
Masjid Selat, Tempat Menarik di Melaka
MASJID SELAT
Kalau di Terengganu, ada masjid Kristal & masjid terapung. Melaka  pun apa kurangnya! Masjid Selat adalah salah satu daripada lokasi yang perlu ada di dalam travelling checklist anda. Masjid yang dibina berdasarkan elemen Melayu & Timur Tengah ini akan kelihatan seakan-akan terapung di atas air, terutamanya ketika air pasang. 
Rumah Terbalik Melaka Upside Down House, Tempat Menarik di Melaka
UPSIDE DOWN HOUSE
Jom merasa jadi Spiderman yop! Upside Down House ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah. Benda yang sepatutnya ada kat lantai, dilekatkannya di siling, dan begitulah sebaliknya
Muzium Kapal Selam Tempat Menarik di Melaka
MUZIUM KAPAL SELAM
Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium
The Shore Sky Tower Tempat Menarik di Melaka
THE SHORE SKY TOWER
The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini juga terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera (tempat best, harga pun “best” juga la ya) sambil menikmati pemandangan yang memukau ini

Sumber Diperoleh: http://aliff.co/tempat-menarik-di-melaka/

Tempat Penginapan Di Melaka

RiverFront Sentral Hotel
Ia terletak di Bandar Bersejarah Melaka, ia hanya mengambil masa 5 minit dari sini ke stesen bas.
SilverScape Homestay
Ia mempunyai taman nya sendiri dan ia terletak dia Melaka. Parking Privasi disediakan kepada pelanggan dan WIFI percuma disediakan.



Wednesday, 10 May 2017

Peta Negeri Melaka




Image result for  negeri melaka peta
Add caption
Melaka mempunyai 4 daerah iaitu, Alor Gajah, Jasin, Air Keroh dan Bandar Melaka. Jumlah populasi Negeri Melaka pada tahun 2010 ialah seramai 821,110. Pada tahun 2008 Negeri Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia dan pada 20.10.2010 Melaka sekali lagi  diisytiharkan sebagai 'MELAKA MAJU ' di Stadium Hang Jebat oleh Perdana Menteri Malaysia.